“Ingat Zaman 2020 Ni Dah Maju,” – Turun Padang & Kongsi Rezeki Dengan Orang Sabah, Lia Natalia lnsaf Sebab…

Pelakon, Lia Natalia meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk turun padang bagi sama-sama membantu rakyat di negeri Sabah yang terkes4n kerana penuIaran wab4k Covid-19.

Menurut Lia, ini adalah pertama kali dia menyertai program seperti ini lebih-lebih lagi apabila berpeluang untuk melihat sendiri kesusahan yang dialami golongan kurang bernasib baik itu.

“Alhamdulillah syukur semua urusan Lia dengan kerjasama MRA dipermudahkan untuk mengedar bantuan makanan kepada warga Tawau yang betul-betul memerlukan.

“Lia bukanlah wakil politik yang turun untuk memberi sumbangan, tetapi Lia nak berkongsi rezeki kepada warga Tawau agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan.

“Buat pertama kali dalam seumur hidup, Lia sendiri turun memberi bantuan ke kampung2 dengan keadaan red zone di Tawau ni. Sedih melihat ada sesetengah warga Tawau yang tidak dipedulikan,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon asal Sabah itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Pada masa sama, Lia turut meluahkan rasa sayv saat kelihat ked4ifan lebih-lebih lagi buat keluarga yang hiIang sumber pencarian pada saat g3tir ini.

“Seb4k hati Lia melihat keadaan mereka yang sampai 14 keluarga berkongsi sebuah rumah. Bayangkanlah kalau harap pendapatan sehari RM5 dan kena buang kerja lepastu nak bagi 14 keluarga makan dalam satu rumah?

“Ada yang rumah macam pondok. Allahuakbar. Ingatkan zaman 2020 ni kita semua sudah maju. Rupanya tidak. Banyak pengajaran yang Lia peroleh dan peluang ini membuka mata dan membuatkan Lia betul-betul insaf,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Lia turut menyeru kepada orang ramai agar kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

“Kita sepatutnya besyukur apa pun yang kita ada. Apabila kita rasa susah dan serba kurang, sebenarnya ada yang lebih susah dan d4if daripada kita.

“Dengan keadaan pand3mik sekarang dan k3s semakin meningkat, pendapatan mereka betul-betul terjej4s dan ada seluruh keluarga yang tidak kerja langsung dan terp4ksa berik4t perut.

“Semoga dengan apa yang Lia berikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih banyak2 kepada MRA & semua yang terlibat membantu Lia,” akhirnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh Lia itu selain turut mendoakan semoga pelakon tersebut akan sentiasa dimurahkan rezeki.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *