Alif Satar positif Covld-19, tempat terakhir dia pergi buat ramai bimbang

 

DUA hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) pada Jumaat, penyanyi Alif Satar menerima berita mengejutkan apabila dia disahkan positif Covi1d-19.

Menerusi Instagram, Alif memaklumkan keputusan ujian saringan terbaharu yang dilakukan mendapati dia dijangkiti vi1rus tersebut.

“Assalamualaikum… dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covi1d-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif cov1id-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” katanya.

Alif maklumkan berita itu menerusi Instagram.

Meskipun masih terkejut dengan berita tersebut, penyanyi lagu I Want You To Love Me ini berkata dia akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi mengesan individu atau kontak rapat yang berhubung dengannya sebelum ini.

Malah, dia turut mendoakan agar orang ramai dilindungi daripada jangk1itan v1irus tersebut.

Alif bimbang keselamatan isteri dan anak-anak.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari… dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT ini.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemud4ratan… Alif sekarang menjalani proses kuar4ntin,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di FacebookBerita Terkini

Sumber : Mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *