Ketua Penerangan Pas Sabak Bernam Dengar bunyi ketukan, sekali dia check CCTV

 

KES ketukan pintu misteri tengah malam di beberapa kampung di Sabak Bernam yang menimbul panik dan ketakutan penduduk, dipercayai bukan perbuatan manusia.

Salah seorang pengasas Paran0rmal Sungai Besar, Emie Shuib memberitahu Malaysiapost pihaknya membuat kesimpulan itu berikutan tiada kesan dari manusia seperti tapak kaki mahupun jejak haiw4n.

Katanya, pelbagai spekulasi timbul bukan saja dalam kalangan penduduk, malah netizen susulan kisah mist3ri itu tular di media sosial, menyebabkan pihaknya mengambil beberapa langkah merungkainya.

“Antaranya berjumpa orang yang pandai dan mempunyai ilmu tentang mi-stik ini. Kami difahamkan ia bukan perbuatan ‘orang minyak’ kerana s3sies h4ntu itu terus mem3cah masuk rumah, bukan ketuk pintu.

KERJA Orang Pelepas Ilmu

“Orang yang memiliki ilmu mi-stik ini beritahu tindakan ketuk pintu itu dilakukan ‘orang pelepas ilmu’ tapi tujuannya tak pasti lagi.

“Mungkin dah sampai orang itu nak uji jin dia ke, cari pewaris ke… dia nak pelepas ilmu dan mungkin terkait sama dengan entiti iaitu p0cong,” katanya.

Beliau menambah sepanjang pengalaman mengamalkan aktiviti paran0rmal, ia kemungkinan p0cong kerana ia tidak perlu guna asap kem3nyan, cukup sekadar panggil.

Katanya, ada individu dipanggil ‘wak’ memberitahu hal itu berlarutan selama tiga hari saja.

“Mungkin malam ini atau malam tadi dah berhenti, sekiranya ia pelepas ilmu. Namun jika benda ini masih berlarutan hari keempat dan seterusnya, polis akan buat tindakan lebih drastik dan mungkin ia perbuatan manusia seperti khianat,” katanya.

Emie berkata, dia dan pasukannya akan membuat tinjauan dan siasatan lebih lanjut malam ini, iaitu malam ketiga.

“Malam ini akan cuba lagi (kesan pihak bertanggungjawab), dua tiga pasukan akan turun membantu,’ katanya.

Semalam media melaporkan penduduk Sabak Bernam digemparkan dengan bunyi misteri ketukan pintu yang agak kuat sehingga mengejutkan mereka.

Ketukan yang masih menjadi tanda tanya penduduk itu berlaku di beberapa kampung sekitar daerah itu sejak kelmarin.

Bunyi ketukan itu menimbulkan persoalan dan misteri dengan pelbagai ulasan daripada netizen, antaranya mendakwa ada individu tidak bertanggungjawab sengaja melakukan perbuatan itu hingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.

Gangguan ketukan itu berlaku pada waktu malam hingga awal pagi dan membabitkan beberapa kampung seperti Kampung Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting

Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV

SABAK BERNAM – Jika malam sebelumnya kecoh bunyi ketukan pintu tanpa salam di Taman Air Manis, namun ketukan misteri itu ‘berpindah’ mengg4nggu penduduk di Taman Yu, Sungai Besar malam tadi.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Sabak Bernam, Muhammad Labib Abd Jalil berkata, kejadian ketukan pintu hadapan jeriji besi rumahnya di Taman Yu berlaku kira-kira jam 12.10 pagi tadi.

Menurutnya, bunyi ketukan kuat selama kira-kira lima minit itu mengejutkannya daripada tidur dan terus melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Setelah meneliti rakaman CCTV, saya dapati tiada sesiapa pun yang kelihatan mengetuk pintu jeriji besi terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Labib berkata, bunyi ketukan pada jeriji besi rumah dua tingkat itu terlalu kuat hingga terdengar di tingkat atas bilik tidurnya.

“Saya terjaga daripada tidur sebab bunyi bising sebelum lama kelamaan terdengar sayup dan hil4ng daripada pendengaran,” katanya.

Muhammad Labib berkata, beliau yang ingin kembali tidur kemudian sempat membaca aplikasi kumpulan WhatsApp taman itu yang memaklumkan terdapat kira-kira tujuh penghuni taman itu mengalami g4ngguan sama.

“Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang mendengar bunyi ketukan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Labib berkata, semua sedia maklum bahawa ada makhluk ALLAH yang dijadikan ghaib seperti jin dan malaikat yang tidak dapat dilihat pada mata kasar.

“Saya tidaklah percaya pada hantu kerana ia tidak wujud. Saya tak pasti… cuma ini mungkin hanya permainan jin barangkali hendak bergurau dan sebagainya.

“Pandangan saya, sebagai orang Islam beriman, kita tidak perlu takut kerana jin ini makhluknya halus yang kita tidak nampak.

“Kalau setakat dia (m4khluk halus) hendak ganggu masuk ke dalam rumah atau ke mana-mana dia boleh g4nggu tetapi ini mungkin sekadar bergurau sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung kejadian ketukan pintu di rumah penduduk.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung yang tular berhubung g4ngguan bunyi ketukan pintu terbabit.

“Polis menasihatkan orang awam yang ternampak individu atau pihak mencuri-gakan segera hubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di FacebookBerita Terkini

Sumber : http://trendingsangat.pw/ketua-penerangan-pas-sabak-bernam/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *