Isu ‘Daging Harimau Menangis’. Penjelasan Padu Peguam Ini Mungkin Akan Buat Ibu NeeIofa Terdiam

 

Sejak semalam tular bekenaaan tndakan Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendaftar nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter.

Bagaimanapun ibu kepada pengacara Neelofa itu memaklumkan permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘harimau menangis’, sebaliknya hanyalah rekaan pada tulisan perkataan itu.

Namun pelbagai pihak tampil mengulas isu tersebut.

Terbaru seorang peguam, Nor Zabetha memberi penjelasan dari sudut perundangan. Berikut adalah perkongsian beliau;

Mendaftarkan hakcipta dengan menggunakan penggunaan ayat harian? Boleh atau tidak?

Misalnya ibu kepada Neelofa yang hendak mendaftar trademark atau cap dagangan ‘Daging Harimau Menangis’. Apa kedudukan undang-undang?

Perkataan harian seperti. Kambing bakar, ayam panggang. Bolehkah didaftarkan secara brand, logo dan nama oleh seseorang sehingga orang lain tidak boleh gunakan?

Bermaksud selepas ini kalau ada peniaga yang berniaga menggunakan Daging Harimau Menangis, bolehkan disaman kerana melanggar hak cap dagangan?

Saya rujuk satu kes, di mahkamah. Kes ini memang seakan-akan dengan situasi ini. Supaya kita mudah faham kedudukan undang-undang.

OOI SIEW BEE & ORS v. ZHU GE KONG MING SDN BHD [2020] 1 LNS 261

Al-kisah, Defendan dalam kes ini iaitu Zu Ghe, adalah peniaga barangan sembahyang orang Cina. Defendan telah mendaftarkan cap dagangan suatu jenama dengan tulisan Huan Zhai Jin.

Plaintif-Plaintif juga adalah penjual barangan sembahyang orang Cina.

Dalam kes ini, perkataan Huan Zhai Jin yang membawa maksud “bayar hutang/duit atau emas”, memang ada dalam kertas-kertas tulisan cina yang digunakan untuk dibakar sewaktu upacara sembahyang.

Defendan telah mendaftar cap dagangan ke atas perkataan ini dan menyebabkan Plaintif tidak berpuas hati.

Plaintif menyatakan yang adat membakar kertas-kertas sembahyang, bagi tujuan membayar hutang iaitu Huan Zhai Jin memang telah wujud sejak zaman Dinasti Tang lagi.

Jadi Defendan tidak bolehlah mempunyai cap dagangan kepada perkataan ini kerana ini menurut Plaintif perkataan ini bukanlah yang direka

Defendan tetapi ianya perkataan am dan merupakan hak milik pedagang yang menjual barangan sembahyang Cina.

Plaintif juga mendakwa selaras dengan Seksyen 45, AKTA CAP DAGANGAN 1976. Mereka adalah pihak yang terkesan dan terkilan dan mereka boleh memohon mengenepikan cap dagangan tersebut.

Pasal Defendan punya hal, sekarang semua peniaga barangan sembahyang Cina tidak boleh menggunakan perkataan ini. Marahlah peniaga lain.

Perkataan am ini, kalau diberikan hak cap dagangan memang sangat mengelirukan. Contoh macam sejadah, tasbih. Kan hari-hari kita guna. Kalau ada orang yang dapat hak cap dagangan, peniaga yang sekian lama berniaga sejadah hendak guna perkataan apa sewaktu memasarkan produk mereka.

Begitulah juga dalam kes Daging Harimau Menangis, setelah sekian lama peniaga-peniaga produk daging bahagian menjual menggunakan nama ini. Bagaimana kesannya kepada mereka?

Tambah pula dari sudut saman-menyaman ini, kalau pemilik nama Daging Harimau Menangis tidak izinkan nama ini digunakan. Bagaimana?

Apakah kesannya kepada peniaga-peniaga kecil yang tidak mampu hendak menanggung kos melantik peguam dan lain-lain untuk menghadap kes saman yang difailkan.

Kita sambung cerita Huan Zhai Jin di atas. Jadi tidak berpuas hati Plaintif pun mencabar cap dagangan yang didaftarkan di mahkamah terhadap Defendan.

Ceritanya sebenarnya, sebelum ini Defendan yang memulakan saman terhadap peniaga-peniaga yang guna hak dagangnya ini tetapi kalah di mahkamah kerana mahkamah berpendapat itu bukan hak eksklusif Defendan dan orang lain boleh berniaga barangan ini dengan menggunakan perkataan Huan Zhai Jin.

Jadi hendak menamatkan cerita supaya selepas ini Defendan tidak hak lagi ke atas nama Huan Zhai Jin ini, itulah yang Plaintif minta satu perintah mahkamah membatalkan dan menghapuskan hak dagang Defendan.

Dibawah Seksyen 14, Akta ini sesuatu permohonan boleh ditolak atas beberapa sebab, antaranya:

1) Sesuatu cap atau sesuatu bahagian cap tidak boleh didaftarkan sebagai suatu cap dagangan-

(a) jika penggunaannya mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai atau akan berlawanan dengan undang-undang;

Atas alasan ini Plaintif pun meminta agar pendaftaran hak dagang Defendan dibatalkan dan dihapuskan dan juga bahawa Plaintif adalah pihak yang terkilan dalam pendaftaran hak dagang ini.

Ini keputusannya, mahkamah berpendapat perkataan Huan Zhai Jin adalah perkataan am yang digunakan oleh orang ramai.

Oleh itu Defendan tidak boleh ada MONOPOLI terhadap perkataan ini dan Defendan tidak boleh mendaftarkan cap dagangan ke atas perkataan ini.

Kalau hendak berniaga, biarlah ada toleransi. Jangan ada sikap hendak kaut semua.

Yang hendak mendaftar itu, kedudukan kewangannya Alhamdulillah senang tetapi yang turut berniaga secara kecil-kecilan menggunakan perkataan yang sama itu, mungkin tidak sama rezekinya. Bakal susah nanti bila ada sikap MONOPOLI.

Jadi beri ruang pada yang lain. Biar sama-sama untung. Jangan kita halang atau kita kecilkan peluang yang lain.

Kalau sudut pemasaran pun, si ibu ini tidak perlu daftar cap dagangan, si ibu ini sudah mendapat sambutan daripada pembeli.

Berbezalah dengan peniaga-peniaga yang tidak dikenali yang sama-sama berniaga guna nama “Daging Harimau Menangis ini. Hendak marketing pun susah, tambah pula kalau nama pun sudah di ‘booking’ orang.

Sumber:Nor Zabetha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber  :  https://www.asiakini.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *