[VIDEO] Che Ta Suruh Kemas Barang Lepas Makeup, Anak Menjawab-“Uiiiii Cerewet”

 

Aaisyah Dhia Rana merupakan salah seorang anak gadis selebriti yang sangat popular di kalangan netizen. Bahkan sehingga kini, bilangan pengikut di Instagram peribadinya sahaja sudah mencecah lebih 1.5 juta orang. Kecantikan luar biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak berusia 6 tahun ini saling tak tumpah seperti keanggunan ibunya iaitu Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta.

Eh dah lepas pakai masukkan balik ke tempat dia…Tak payah nak sepah-sepah

Dalam pada itu, keratan video pendek Aaisyah sempat menarik perhatian ramai netizen setelah ia dikongsikan menerusi TikTok sebentar tadi. Ketika itu, dia yang tampak comel bersama lipstik merah mak ngah terlebih dahulu disuruh oleh Che Ta untuk mengemas kembali segala peralatan makeup berkenaan ke dalam beg. Walaupun dengan arahan yang kedengaran tegas, tak sangka respon diberikan oleh Ecah cukup menghiburkan hati. Dengan nada-nada loghat utara, dia telah menggelarkan ibunya sendiri sebagai cerewet.

Dengan mulut-mulut sekali dia jeling mak dia…Comeylah budak ni

Melihatkan keletah comel Ecah, netizen mula membanjiri ruangan komen dengan kata-kata positif. Bukan sahaja kagum kerana kanak-kanak ini pandai bersolek di usia muda, malahan mereka beranggapan wajahnya sedikir mirip dengan ibu saudarnya iaitu Sasha Saidin.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber : TikTok kakparah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Terkini

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  http://www.news.dekiwaketek.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *