[TERKINI] Instafamous Rentas Negeri Hadiri Majlis Perkahwinan Rakan Sedang Dikesan Polis

 

Sebelum ini tular di rata-rata media sosial mengenai sekumpulan personaliti media sosial ataupun ‘instafamous’ yang merentas negeri dari Kuala Lumpur sehingga ke Kelantan semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Satu Geng Influencer Rentas Negeri Sebab Nak Tengok Kawan Nikah Boleh?' – Warganet

Umum mengetahui meskipun beberapa negeri telah pun berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun lar4ngan untuk merentas negeri masih dikuatkuasakan di seluruh negara.

Disebabkan perkara itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan tujuan mereka merentas negeri sehingga ramai yang mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM)  mengambil tindakan selain menuntut kenyataan sebenar dari instafamous berkenaan.

Mengikuti perkembangan terkini mengenai perkara tersebut, menerusi perkongsian Wartawan Media Prima Berhad, Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter miliknya, PDRM Daerah Kota Bharu, Kelantan kini sedang giat mengesan individu-individu terbabit.

Menerusi kenyataan media yang di muat naik, k3s akan disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Penceg4han dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkltan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (N0.3)  2021.

Harus diingatkan kepada anda semua untuk terus patuh dengan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), sama-sama kita jadi rakyat yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri.

 

Sumber  : Twitter (@redzuanNewsMPB)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *