Akaun Instagram Diser4ng Gara-Gara Beri Pandangan Isu ‘Buat B0d0h-B0d0h,’ Dr. Amalina Minta Pertolongan Netizen

 

Masih lagi hangat isu penggunaan perkataan ‘buat b0d0h-b0d0h’ yang disampaikan oleh pakar motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya.

Ramai yang memberi reaksi berbeza-beza berdasarkan penyampaian beliau.

Antara yang turut memberi kenyataan berkaitan hal tersebut ialah doktor perubatan, Dr. Amalina yang kini berkhidmat di London.

Bagaimanapun, kenyataannya juga tidak disenangi orang ramai sehingga akaun Instagram beliau ‘diserang’ netizen.

Menurut satu tweet yang dibuat oleh doktor itu, beliau meminta netizen untuk melaporkan akaun-akaun Instagram yang dikongsikannya kerana telah menghantar direct message (DM) berbentuk kecman kepadanya.

Melalui ciapan tersebut, ramai yang membalasnya dengan kebanyakannya mempertahankan kenyataan Dr. Amalina.

Bagaimanapun, Prof Muhaya sudah membuat penjelasan tentang kenyataannya yang tular, serta menyatakan permohonan maaf melalui Instagram beliau.

Semoga perkara ini dapat selesai dengan sebaiknya.

Sumber: Twitter Dr. Amalina dan Instagram Datuk Prof Dr. Muhaya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *