“Kalau Berani Cakap Depan-depan” Aisyah Beng4ng Digelar ‘Orang Tua Sakai’

KETERUJAAN penyanyi Aishah berkongsi momen menarik semasa berada di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32), baru-baru ini mengundang rasa kurang senang seorang netizen di Instagram.

Netizen tersebut menyelar tindakan Aishah dan menyifatkan penyanyi legenda tersebut seperti orang tua yang baru mengenali media sosial.

Berang dengan kata-kata hinaan tersebut, Aishah, 54, berkata tindakannya memuat naik semula Instastory yang dikirim pengikut di laman tersebut adalah sebagai menghargai sokongan peminat.

Here comes the h4ters, orang naik komen-komen peminat dalam Instastory pun dipanggil ‘orang tua sakai guna Instagram‘ hahahaha… adoi tak ada kerja lain ke?Kalau berani awak berhadapan dengan saya dan cakap depan saya boleh?

“Itu kalau awak beranilah, tak kecut lontar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh tu… malangnya hati awak yang lebih hodoh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Aishah ber4ng dengan kata-kata h1naan seorang pengguna Instagram.

Instagram saya, suka hati sayalah. Saya naikkan semula mention tu sebagai apresiasi kepada pengikut saya, bukti yang saya baca setiap komen mereka,” katanya.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini menulis luahan rasa beng4ng itu menerusi Instagram pada Selasa.

Dia turut memuat naik paparan skrin seorang pengguna Instagram dipercayai merupakan akaun palsu memberitahu terpaksa berhenti mengikuti Aishah kerana meluat dengan tindakan penyanyi berkenaan.

Orang macam ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja akaun dia. Go get a life please!

AISHAH

PENYANYI

“Orang tua bila sakai guna Instagram… story Instagram boleh buat satu movieDone unfollow,” tulis netizen tersebut.

Carian dia laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan sakai membawa maksud sebagai orang bawahan yang boleh disuruh-suruh selain merujuk kepada suku kaum Orang Asli.

Dan panggilan itu agak sensitif bagi kaum berkenaan.

Sementara itu, Aishah meminta pengguna tersebut melakukan perkara yang lebih baik daripada menjadi hero di laman sosial.

Persembahan bertenaga Aishah semasa ABPBH32 menerima pujian penonton.

Malah, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan di Instagram bagi memastikan akaun tersebut ditutup.

“Orang macam ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja akaun dia. Go get a life please,” ujarnya.

Pada malam ABPBH32, Aishah tersenarai sebagai calon Penyanyi Wanita Popular, bagaimanapun dia tewas di tangan penyanyi Siti Nordiana. 

Aishah turut membuat persembahan penutup dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Kemaafan Dend4m Yang Terindah dan Kau Pergi Tanpa Pesan.

 

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *