Dah lama tunggu kejvtan hari jadi, suami terima ‘kek kvbur’ pemberian isteri dengan hati terbuka… rupa-rupanya ada sesuatu mahu disampaikan

 

PELBAGAI idea kreatif dilakukan untuk membuat kejvtan sempena hari ulang tahun insan tersayang.

Namun kejutan luar biasa diterima seorang lelaki apabila dihadiahkan dengan kek hari jadi berbentuk kubvr berwarna putih.

Video yang baru dikongsi di aplikasi TikTok itu barangkali kelihatan ‘menyer4mkan’ untuk sambutan ulang tahun, apatah lagi kek tersebut diberikan oleh isterinya.

Lelaki berkenaan, Mas Andi Syah Sarudin berkata, dia sememangnya menantikan kejvtan kek setiap kali sambutan hari jadi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Namun lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, dia benar-benar tidak menyangka kejvtan yang dibuat isterinya untuk majlis hari jadinya pada 21 Mac lalu berupa kek berbentuk kvbur.

“Kebiasaannya isteri tempah kek untuk hari jadi tapi kali ini sebelum kek sampai ke rumah, isteri datang jumpa saya buat pengakuan. Dia rasa serba salah.

“Isteri terpaksa beritahu awal walaupun pada asalnya dirancang sebagai kejutan kerana bimbang saya kecil hati. Dia tunjukkan sekeping gambar kek berbentuk kvbur.

“Mulanya saya terkejut tapi saya langsung tak ambil hati. Sebaliknya saya ketawa sebab tak terfikir sebegitu kreatif isteri nak buat kejvtan untuk saya,” katanya kepada mStar.

kek kubur 2

Kek hari ulang tahun ke-37 buat Mas Andi.

Lebih mesra disapa Mas Andi, katanya, kek ditempah isterinya yang berusia 35 tahun itu mempunyai kaitan dengan tugasnya mengendalikan syarikat pengurusan jenazah di Singapura.

“Walaupun kek tu ada kena-mengena dengan kerja saya uruskan jen4zah, tetapi ia sebenarnya adalah simbolik isteri menyokong kerjaya yang saya pilih dalam pengurusan jen4zah.

“Isteri tidak pernah menghalang apa jua bidang yang saya cuba ceburl. Saya dulu pernah kerja offshore dalam bidang minyak dan gas sehingga sekarang menyediakan khidmat menguruskan jen4zah, apa-apa dia izinkan dan sokong,” ujar warga Singapura itu.

kek kubur 4

Mas Andi berpengalaman selama enam tahun dalam pengurusan jen4zah.

Berpengalaman selama enam tahun dalam pengurusan jen4zah, bapa kepada dua anak itu turut bersyukur kerana kejvtan kek itu sekurang-kurangnya mengingatkannya kepada kematlan.

“Kerja dekat kvbur ni, saya selalu baca talkln dan tazkirah kepada ahli keluarga jen4zah mengingatkan kematlan itu sesuatu yang pasti.

Walaupun kek tu ada kena-mengena dengan kerja saya uruskan jenzah, tetapi ia sebenarnya adalah simbolik isteri menyokong kerjaya yang saya pilih dalam pengurusan jenzah.

MAS ANDI

“Bila saya dapat peringatan ni daripada orang yang terdekat, ia amat berharga. Selama ini saya asyik mengingatkan orang lain tentang kem4tian.

“Pada masa sama, ia membuatkan saya tidak lupa daratan. Selama ni saya kat kubur selalu talkln, doa untuk orang tapi saya pun kena terima peringatan dan teguran daripada orang lain,” katanya yang turut menyediakan khidmat tahnik dan cukur rambut.

kek kubur 3

Mas Andi (dua, kiri) bersama isteri (kanan) dan anak-anak.

Dalam pada itu, Mas Andi yang menetap bersama keluarga di Woodlands di negara republik itu gembira menikmati kek ‘kubvr’ itu kerana ia berperisa coklat yang merupakan kegemarannya.

“Kami sekeluarga makan kek tu sampai habis, sedap sebab perisa coklat. Kek ini memang satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi saya.

“Sampai saya bergurau dengan isteri, saya cakap kalau tahun ini kali terakhir saya sambut hari jadi… awak jangan rasa serba salah pula. Apa pun saya bersyukur dikurniakan isteri yang baik.

“Sejak awal pembabitan saya dalam pengurusan jen4zah, dia selalu mengingatkan apa niat saya melakukan kerja-kerja ini agar saya sentiasa merendah diri meskipun dikenali ramai dengan apa yang kita lakukan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  :  https://www.mstar.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *