Lelaki Kantoi Hisap Vape Depan Isteri Bikin Berdekah

 

Dalam hubungan suami isteri, tentunya bergurau senda sudah menjadi satu perkara biasa yang memeriahkan lagi alam perkahwinan ini. Macam gelagat pasangan suami isteri ini yang membuatkan netizen terhibur gara-gara si suami yang kantoi menghisap vape di hadapan isterinya.

Bukan hanya kantoi dengan si isteri, malah lelaki itu juga turut dimarahi sehingga ditarik telinganya selepas kantoi menghisap vape. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama berdekah melihatnya.

@enbardazizi

@para_langgarmy jangan berani cuba3 ye.. hahaha

♬ Bombastic – 𝘿2𝙈 💠𝙎𝙏𝙊𝙍𝙔💠

Di dalam video yang dikongsikan ini, rakan kepada lelaki itu merakamkan gelagatnya yang kantoi dengan isterinya sendiri selepas menghisap vape. Malah lelaki itu juga turut kelihatan takut dan menahan ketawanya apabila si isteri tiba di kawasan itu.

Dalam masa yang sama, lelaki itu cuba melindungi dirinya memandangkan si isteri memarahinya sambil memegang gunting di tangan. Lebih melucukan, rakannya juga hanya mampu berdekah melihat reaksi lelaki itu yang gelabah selepas kantoi menghisap vape.

suami isteri

Tidak cukup dengan itu, si isteri kemudian menarik telinga suaminya itu sambil lelaki itu memulangkan semula vape tersebut pada rakannya. Pada penghujung video, lelaki itu kemudian melarikan diri meninggalkan isterinya itu sekaligus membuatkan rakannya berdekah melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi cuak dari lelaki itu selepas kantoi menghisap vape. Malah ada yang turut terhibur melihat nasib lelaki itu yang akhirnya ditarik telinga oleh isterinya sendiri.

“Ahli mesyuarat kena piat telinga ke?”

vape

“Beras kita beli.”

kantoi

“Kita bukan takut bini tapi bini yang menakutkan.”

komen

“Yang tak boleh blah kena tarik telinga.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  :  https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *