Lelaki Terperangkap Dalam Tandas Wanita Kerana Salah Faham

 

Mungkin ada yang pernah melalui kejadian memalukan seperti tersalah masuk tandas semasa berada di pusat membeli belah. Tentunya kejadian ini sangat memalukan dan boleh menyebabkan seseorang berada dalam masalah. Sama macam situasi yang dikongsikan lelaki ini apabila dia tersalah masuk tandas wanita hanya kerana salah faham ini.

Semuanya gara-gara gambar watak popular di luar tandas yang telah mencetuskan salah faham ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi memalukan yang dialami lelaki ini di mana akhirnya dia terperangkap di tandas wanita.

@ryzwnnaimmmmm

mak…takut…

♬ Fluffing a Duck – Kevin MacLeod

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu kejadian memalukan itu berlaku semasa dia berada di sebuah pawagam. Semasa berada di luar tandas itu, kelihatan dua watak popular iaitu Spiderman dan Wonder Woman yang menggambarkan tandas mengikut jantina.

Namun lain pula yang difahami oleh lelaki ini apabila dia memilih watak kegemarannya iaitu Wonder Woman dan memasuki tandas tersebut. Dia akhirnya mula sedar tentang kesilapannya itu hanya semasa dia sudah pun berada di dalam tandas itu.

salah tandas

Lebih melucukan, dia juga hanya duduk diam sahaja di dalam tandas tersebut gara-gara kesilapannya itu. Malah dia turut memberikan reaksi wajah cuak dan takut semasa menunggu yang lain keluar daripada tandas tersebut.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat situasi memalukan yang dialaminya ini. Ada juga yang berseloroh bertanyakan tentang keadaannya itu sama ada dia berjaya keluar dari tandas itu dengan selamat ataupun tidak.

“Weh macam mana kau keluar?”

tandas

“Penting ye kewujudan signboard.”

lelaki

“Ah sudah, mereput lah engko kat situ.”

komen

“Ghisau member…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  :  https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *