Faralyna Idris lepaskan dunia hiburan demi keluarga

 

PETALING JAYA – Pelakon Faralyna Idris sanggup mengenepikan kerinduan terhadap keseronokan bekerja di lokasi penggambaran, demi fokus sepenuh perhatian menguruskan rumah tangga dan keluarga.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, dia lebih gembira dan puas melihat anak-anak membesar depan mata biarpun dunia lakonan begitu sebati dalam jiwanya.

“Ketika hamil anak kedua, saya dilimpahkan rezeki apabila sibuk di lokasi penggambaran dalam keadaan sarat. Suami pula tak pernah menghalang kerana sukar menolak sesuatu yang sudah jadi minat.

“Saya seronok Allah bukakan semula jalan dalam bidang lakonan, namun ketika itu saya tiada pembantu dan sanggup mengambil orang menjaga anak di lokasi penggambaran.

“Biarpun dapat memegang duit semula, jauh di sudut hati, saya tidak gembira dan rasa kehilangan sesuatu. Jadi, saya ambil keputusan berehat dan menjalani semula rutin sebagai suri sepenuh masa.

“Di sini, saya lebih gembira biarpun tidak lagi mempunyai pendapatan seperti dahulu,” katanya dalam sesi perkongsian di Nurflixtv, baru-baru ini.

Bintang drama Sutera Cinta itu diundang bagi membincangkan tajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan kendalian pelakon, Diana Amir yang turut membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan penceramah, Ustazah Asni sebagai panel.

Ditanya sama ada muncul perasaan ralat melupakan kerjaya seni, Faralyna hanya mengucapkan syukur kerana baginya Allah memberikannya sesuatu yang lebih besar apabila dapat kembali kepada keluarga.

“Apabila dikenang semula, saya kasihan dengan anak kedua. Dia masih kecil, tetapi saya terpaksa mengusung ke set penggambaran sehingga awal pagi.

“Malah bercakap mengenai takdir, saya pernah kegvguran ketika kandungan berusia lima bulan. Ketika itu, saya sangat sedih kerana tiada komplikasi sepanjang kehamilan.

“Saya mula tidak menerima kenyataan dan kerap tertanya-tanya di mana silapnya selain sepanjang berpantang, saya lalui dalam keadaan tertekan dan berada dalam kesedihan yang tiada penghujung.

“Apatah lagi doktor memaklumkan kami bakal mendapat cahaya mata lelaki. Apa pun saya tidak menyesal memilih keluarga tercinta di tempat pertama,” luah wanita berusia 30 tahun itu lagi.

Enggan terus dibayangi kesedihan, Faralyna berkata, dia sudah berdamai dengan takdir malah reda menerima setiap ketentuan dengan berlapang dada.

Akuinya lagi, dia sudah merasai fasa zaman kemuncak apabila dilimpahi pelbagai tawaran lakonan, jadi tiada perkara yang membawa sesalan sebaik nekad mengorbankan masa untuk bersama keluarga dan insan tercinta.

Baginya, kini dia diberi peluang untuk menebus kembali waktu yang pernah hilang dahuulu untuk dinikmati semula dengan semua insan tersayang apabila sudah mendirikan rumah tangga an mempunyai cahaya mata.

Terdahulu, Faralyna mendirikan rumah tangga dengan jurugambar, Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fira Anggun, 6, dan Ayu, 3. –

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  :   K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *