Harga Alat Ganti Motosikal Naik Tiga Kali Sekitar Tahun Ini.

Kenaikan harga barang pada masa kini sangatlah membimbangkan ramai pihak termasuklah para peniaga itu sendiri. Lihat sahajalah berapa banyak barangan keperluan yang sudah bertukar harga kepada yang lebih mahal. Para peniaga juga tidak mempunyai sebarang pilihan sehingga terpaksa menjual barang dagangannya demi mencari sesuap nasi. Terbaharu, harga alat ganti motosikal juga dikatakan sudah naik sebanyak tiga kali pada kadar sekitar lima hingga 10 peratus sepanjang tahun ini.

Beberapa peniaga alat ganti motosikal serta pemilik bengkel memaklumkan situasi kenaikan harga pada kali ini adalah pa­ling ketara sejak Januari lalu. Sekatan pergerakan yang dibuat oleh pihak berkuasa berikutan perintah kawalan berkurung sebelum ini telah menyebabkan pemilik bengkel dan kedai alat ganti berhadapan dengan kekura­ngan bekalan sehingga terpaksa menaikkan beberapa harga barangan alat ganti motosikal.

Seorang peniaga alat ganti motosikal di Kota Kemuning, Nor Sherryl memberitahu bahawa penjualan alat ganti motosikal berdepan masalah kenaikan harga menjelang hujung tahun ini atau Januari hadapan. Tambahnya lagi, kenaikan harga yang dijangka berlaku lagi beriringan dengan perniagaan yang mula merosot sejak Julai lalu ekoran laporan peningkatan harga barang.

“Barang asas alat ganti se­memangnya naik seperti mi­­nyak enjin, tayar, rantai, spro­cket dan pelapik brek yang meningkat antara tiga hingga lapan peratus. Pada tahun ini sahaja sudah dua kali harga barang dinaikkan, kali pertama adalah pada Januari yang disebabkan oleh masalah pengangkutan akibat sekatan pergerakan me­nyebabkan bekalan kurang dan kedua pula peningkatan kos berkenaan pada perte­ngahan tahun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Pemilik bengkel di Jalan Kebun, Ismail Mat pula memaklumkan bahawa dirinya telah menerima notis daripada pembekal yang memaklumkan kenaikan harga barangan seperti tayar, rantai dan alat ganti lain tidak lama lagi.

“Perkara ini menjadi teka­nan kepada peniaga terutama pengusaha bengkel yang baru bangkit selepas penutupan perniagaan selama hampir enam bulan. Tiga kali kenaikan harga dialami pada tahun ini sahaja. Memang tidak dapat elak, pengguna pun mengeluh de­ngan membandingkan harga lama dan baharu pada tahun ini,” luahnya.

 

Infografik:

Tinjauan harga alat ganti motosikal di sekitar Shah Alam

Tayar motosikal saiz 80 / 90:

Harga kedai alat ganti: RM53 – RM58 (harga baharu) / RM49 – RM54 (harga lama)

Harga bengkel: RM75 – RM125 / RM65 – RM70

Tayar motosikal saiz 70 / 90:

Kedai alat ganti: RM43 – RM48 / RM40 – RM45

Bengkel: RM65 – RM115 / RM55 – RM80

Minyak hitam mineral 1 liter

Kedai alat ganti: RM10 – RM20 / RM7.00 – RM15

Bengkel: RM15 hingga RM18 / RM15 – RM18

Minyak hitam sintetik penuh / separa 1 liter

Kedai alat ganti: RM30 – RM35 / RM23 – RM33

Bengkel: RM38 – RM42 / RM29 – RM38

Rantai motosikal biasa

Kedai alat ganti: RM15 – RM20 / RM12 – RM17

Bengkel: RM48 – RM78 / RM45 – RM75

Pelapik brek

Kedai alat ganti: RM4 – RM8 / RM3 – RM7

Bengkel: RM14 – RM25 / RM8 – RM20

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber: Utusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *