“Rezeki Gaga Anak-anak Yatim..” – Abang Viva Terima Hadiah Yamaha XJ6 Diversion Pula

Kisah wira banjir, Azwan Omar atau lebih dikenali ‘Abang Viva’ semakin tular dan mendapat perhatian di media sosial sehingga ramai yang ingin memberi dan menawarkannya hadiah memandangkan jasa yang ditumpahkan kepada mangsa-mangsa banjir cukup besar.

Selepas mendapat ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4), sumbangan Pe­ngasas Shalicious Empire Sdn. Bhd, abang Viva dapat hadiah lagi.

Rezeki semakin melimpah-ruah buat Abang Viva apabila telah menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi atas jasanya membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar, 30, telah menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa akesori lain seperti yang dimuat naik di laman Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd.

Ketika dihubungi, kami dimaklumkan oleh pihak ICITY Motorworld bahawa motosikal tersebut telah dibeli oleh seseorang untuk tujuan menghadiahkan kepada saudara Azwan.

Sebagai penghargaan terhadap usaha murni itu, pihak ICITY Motorworld turut menaja beberapa aksesori antaranya helmet, jaket serta beg untuk Azwan.

Baru-baru ini, Azwan juga telah dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka atas jasanya yang kehulu hilir menghulur bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di sekitar Semenanjung.

Komen Netizen:

“Terbaik abg viva ni .. patut beri siap side box n top box senang bawa pelampung..”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber: Facebook Icity Motoworld Sdn Bhd , Moto Malaya

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *