Kongsi Gambar Tangan ‘Kena Drip’, Kenapa Dengan Amyra Rosli?

Pelakon, Amyra Rosli dibawa ke hospital oleh suaminya, Amar Baharin selepas suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah selsius, malam semalam.

Amar ketika dihubungi berkata, dia bersyukur apabila hasil pemeriksaan mendapati Amyra bebas dari Covid-19 atau demam denggi.

“Semalam, isteri saya mengadu $akit-$akit badan dan rasa seperti berbisa-bisa. Suhu badannya juga mencecah 40 darjah dan dia dah tak tahan lagi.

“Jadi, saya pun membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sebab takut ada $akit yang lebih serius. Di hospital, doktor jalankan ujian C0vid-19 dan ujian d4rah. Alhamdulillah, tidak ada C0vid-19 dan denggi. Jadi, doktor benarkan dia pulang.

“Saya kena pantau keadaan isteri terutama suhu badannya. Kalau kembali meningkat, dia perlu ditahan di hospital,” katanya kepada Harian Metro.

 

Pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berkata, Amyra sebelum itu mengambil vaksin penggalak pada 7 Januari lalu, namun tidak mengalami sebarang demam atau kesan sampingan.

“Tak sangka pula lebih kurang tiga hari kemudian, dia mula demam. Mungkin kesannya lambat beri reaksi dengan tubuh Amyra,” katanya.

Kini, Amyra dibenarkan berehat buat sementara waktu daripada menjalani penggambaran drama 40 episod, Jangan Menangis Cinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  : IG Amyra Rosli

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *