Fuh! Usia Menjengah 40-An, Nora Danish Kekal Cantik Seperti Anak Dar4.Ini Perkembangan Terbarunya

BAKAL menjengah usia 40 tahun Mac ini, pelakon jelita Nora Danish dilihat masih kekal anggun dan memiliki personaliti menarik.Malah, kecantikan yang dimiliki ibu kepada dua anak itu turut menyaksikan Nora masih menerima tawaran sebagai watak utama.

Terbaharu, Nora baru selesai menjalani penggambaran telefilem Survival 486 yang bakal ditayangkan di Astro Citra pada 22 Januari ini.

“Saya membawa watak Syuhada, seorang gadis yang tersesat dalam hutan. Saya akui watak ini memberikan banyak cabaran dalam kerjaya lakonan saya. Saya kena masuk hutan, terperangkap dalam lubang dan bergelut dengan ular. Watak ini juga menjadi penyebab saya kini aktif melakukan aktiviti lasak seperti ‘hiking’.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, bersempena sambutan hari lahir ke-40 yang akan disambut Mac ini, saya sudah merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu. Semoga apa yang saya rancangkan menjadi kenyataan,” katanya

Terus aktif di media sosial

Hampir 18 tahun bergiat aktif sebagai pelakon, Nora antara pelakon yang sentiasa menjadi rebutan dan meraih perhatian ramai.

Bersyukur dengan segala limpahan rezeki yang dikurniakan, Nora bagaimanapun tidak mempunyai rahsia tertentu untuk memastikan namanya terus kekal relevan sebaliknya hanya mengikuti perkembangan semasa.

“Selain bantuan daripada rakan-rakan media yang tidak jemu menulis kisah saya, antara faktor lain mungkin disebabkan saya selalu aktif mengikuti perkembangan baru di media sosial.

“Sekarang saya aktif di platform TikTok dan secara tidak langsung saya dapat menambah pengikut baru dan ada juga pengguna yang memuat naik lakonan saya di aplikasi itu ,” katanya.

Ditanya tidakkah dia terfikir untuk memperlahankan penggunaan media sosial selepas pertambahan usianya, Nora menganggap media sosial adalah platform yang digemari sejak waktu zaman mudanya lagi.

“Walaupun saya bakal menjengah usia 40 tahun, tapi mungkin jiwa saya masih muda. Dari dulu lagi saya memang suka ambil gambar dan bersiap, kemudian kongsikannya di media sosial.

“Tapi saya faham mungkin ada sesetengah orang apabila sudah sampai umur dewasa mereka memilih privasi dan fokus kepada keluarga, tapi saya pula suka kongsikan di media sosial.

“Mungkin ini adalah diri saya. Cuma pada zaman sekarang ini saya perlu berhati-hati dalam setiap perkongsian yang dimuat naik. Kalau dulu mungkin orang tak ambil peduli tapi zaman sekarang sudah berbeza,”katanya.

Sentiasa utamakan keluarga

Walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan dan perniagaan, Nora sentiasa mengutamakan keluarganya.

Malah, disebabkan itu juga, Nora mendedahkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim atau Neyney, 4, tidak mahu berenggang terlalu lama dengan dirinya sehingga dia terpaksa menolak tawaran lakonan yang memerlukan komitmen panjang.

“Mungkin kerana sudah dua tahun PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) diadakan sebelum ini, saya banyak menghabiskan masa di rumah dengan anak. Dia tak mahu berenggang terlalu lama dengan saya.

“Buat masa ini, saya hanya menerima satu tawaran saja dalam sebulan. Saya menjayakan telefilem atau super-telefilem yang tidak memakan masa lama. Buat masa ini, saya terpaksa menolak tawaran yang memerlukan komitmen panjang.

“Insya-Allah selepas ini, jika berkesempatan pastinya saya akan kembali berlakon dalam drama bersiri atau filem,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber  :Harian Metro, IG 

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *