Rumah cantik, Diminta Buat ‘House Tour’. Memang Tersergam Indah Rumah Intan Najuwa!

Selebriti terkenal tanah air, Intan Najuwa antara pelakon yang sedang meningkat naik namanya. Banyak lakonan Intan Najuwa sudah pun menjadi hit dan popular serta mendapat rating yang agak tinggi.

Selain cantik dan berbakat besar dalam dunia lakonan, sebenarnya kini ramai pun yang dah tahu bahawa Intan Najuwa ni seorang yang geliga juga.

Mana tak nya, Intan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang. Dan yang hebatnya, baru-baru ini, ketika ujian akhir semester, Intan Najuwa amat cemerlang dan mendapat A dalam exam yang diduduki.

Bukan saja cantik, malah bijak orang, beauty with brain bak kata orang putih.

Setelah namanya jadi bualan kerana berjaya dalam exam, dan amat cemerlang dalam pelajaran, ramai peminat mula hadir ke laman media sosial miliknya. Intan sekali lagi jadi tumpuan menerusi beberapa buah videonya.

Kali ini ialah video tentang rumah Intan Najuwa. Pelakon berumur 24 tahun ini, sedang berehat dan pulang ke rumah keluarganya di Johor Bahru.

Intan kemudian ada muatnaik sedikit sedutan ruangan rumah keluarganya itu. Ternyata ramai yang kagum melihat rumah family Intan Najuwa.

Rumah berkenaan dilihat amat besar, selesa dan cantik sekali, dah macam hotel pun iya juga.

Ini videonya.

Intan ada menulis bahawa tidak ada tempat yang lebih best dan indah dari rumah keluarganya itu.

Ini ruang luar rumahnya.

Nak tengok sedikit ruang dalam rumah, ini dia.

Ramai juga meminta Intan terus buat satu video full house tour rumah keluarganya itu, sebab memang ramai yang nak tengok betapa cantik dan tersergamnya rumah berkenaan.

Ada juga yang menulis komen, Intan Najuwa ni memang gadis yang hebat, dah lah miliki paras rupa yang cantik, hebat berlakon dan berjaya dalam bidang kerjaya, tak lupa juga aat cerdik orangnya, cemerlang dalam pelajaran ditambah lagi dengan mempunyai family yang berada juga.

Apapun semoga Intan Najuwa terus cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.

Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber :Tiktok Intan Najuwa

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *