Nama Ruhainies dah 7 tahun kena blacklist?

Kalau dengar nama Ruhainies mesti tahu dia ni seorang pelakon yang dah pun mempunyai nama yang agak kukuh dalam industry seni tanah air.

Namun mungkin ramai yang dah tak sedar bahawa sudah hampir 7 tahun pelakon ini tak diterima sebagai pelakon utama dalam sesebuah drama untuk tayangan TV3.

Perkara ini dilaporkan oleh portal hiburan TMZ Zeelproduction.

Dari laporan itu, Ruhainies sampai mengalirkan air mata kerana setelah 7 tahun tunggu, akhirnya dia dapat pun jadi pelakon utama untuk slot Akasia TV3.

Ruhainies merupakan pelakon utama untuk drama Sayang Tak Dikenang berganding dengan Fadlan Hazim.

Ini komen Ruhainies tentang namanya yang tak lepas untuk jadi pelakon utama.

“Anis rasa pelik juga mengapa agaknya setiap kali nama dihantar pelakon utama slot Akasia, nama akan selalu kena pinggir.”

“Jawapan di terima ialah maaf Anis, nama you tidak diluluskan. Anis pelik, apalah agaknya salah silap Anis ni.”

“Anis sebelum ini memang pernah menang satu kategori pelakon di Anugerah Drama DFKL bila pertama kali berlakon Slot Akasia berjudul Hello Mr Perfect. Masa tu berganding dengan Fattah Amin. Ianya kira-kira 7 tahun dulu.”

“Nak kata ada isv disiplin tak bagus, Anis amat menjaga disiplin, nak kata Anis ada isv sana sini, Anis bukannya artis seperti itu, memang agak pelikkkan.”

“Tak tau apa salah anis. Anis nak ucapkan terima kasih banyak kepada Feroz Khadir yang beri peluang kepada Anis untuk jadi pelakon utama untuk drama Sayang Tak Di Kenang ini. Harap ianya akan di terima para penonton.”

Kerjaya Ruhainies juga dilihat semakin berkembang baik dan kini bakal membintangi satyu lagi drama untuk IQIY TV. Dari laporan bayaran yang diterima agak lumayan juga. Ruhainies juga kini dah ceburi bidang business. Selamat maju jaya buat pelakon ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber : TMZ Zeelproduction

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *