Sambut Ulangtahun Keputeraan Ke-49, Ini Biodata Tuanku Zara Yang Ramai Tak Tahu

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim memiliki pakej lengkap seorang permaisuri. Ruat wajah yang begitu cantik , peribadi yang lembut serta baginda juga seorang yang berpendidikan tinggi.

Baginda merupakan antara permaisuri yang sentiasa mencur1 perhatian ramai apabila mencemar duli. Susuk tubuh yang sentiasa terletak indah apabila menyarungkan apa jua busana.

Sebagai rakyat yang berasal dari Perak, pastinya penulis sentiasa mengikuti perkembangan baginda sekeluarga. Potret yang dirakamkan menjadi ‘jamuan mata’ yang tak puas ditatap berkali-kali. Aura baginda sebagai Permaisuri diakui dan sangat berkesan ke lubuk hati yang dalam.

 

Disunting Anak Raja, Bertakhta di Istana Perak

Bertemu jodoh dengan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah pada 17 Mei 2007 ketika berusia 34 tahun. Istiadat persandingan baginda berdua diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar pada 19 Mei 2007. Perkahwinan baginda berdua diberi gelaran “Royal Wedding of the Year”.

Ulangtahun Keputeraan Tuanku Zara 

Tanggal 22 Mac 2022 merupakan ulang tahun keputeraan Tuanku Zara ke-49. Baginda ialah anak bongsu daripada empat beradik yang diputerakan di Ipoh, Perak. Dua tahun lalu ketika ulang tahun keputeraan ke-47, Baginda berkenan membuka akaun Instagram rasmi Tuanku Zara Salim.

Hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata 

Perkahwinan Baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera Baginda Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008. Manakala puteri Baginda yang diberi nama Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Nazira Safya pula diputerakan pada 2 Ogos 2011.

 

Pendidikan

Menelusuri latar belakang pendidikan Raja Permaisuri Perak ini, memetik laporan portal Orang Perak, Tuanku Zara mendapat pendidikan di SMK Convent Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis serta mewakili negeri Perak dalam sukan renang. Selain aktif dalam bidang sukan, baginda juga cemerlang dalam akademik.

Ketika berusia 22 tahun, Tuanku Zara menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia kelas pertama di University of Nottingham, United Kingdom pada Julai 1995. Selepas menamatkan pengajian, Baginda berkhidmat di syarikat petroleum negara Petronas selama enam tahun.

Pengalaman Baginda yang amat luas dalam bidang kejuruteraan menjadikan Baginda salah seorang wanita Malaysia yang diberi kepercayaan menyandang jawatan penting dalam projek berskala besar.

Mendekati latar belakang Tuanku Zara, ayahanda Baginda iaitu Datuk Seri William Stanley Walker Davidson atau Salim Davidson ialah seorang peguam terkenal di Malaysia. Manakala ibunda Baginda pula ialah Datuk Seri Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin yang merupakan kerabat diraja Kedah di sebelah bonda baginda.

Tuanku Zara merupakan cicit kepada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan anakanda cucunda saudara kepada Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Berita Terkini

Sumber : IG tuankuzara salim

PERHATIAN: Pihak  Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *